FOLLOW JE

Friday, 27 May 2011

1.A. Jenis-jenis rangkaian ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu.
   Perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi.
   Ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada       geganti gelombang mikro untuk menghantar data.
 Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
 1.Local Area Network (LAN)
 2.Metropolitan Area Network (MAN)
 3.Wide Area Network (WAN)

1.B.(LAN)
 Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. 
Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan iaitu:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring)

No comments:

Post a Comment